Selasa, 31 Julai 2012

Assalamualaikum semua . dah lama rasa nya tak update blog ni . Sekarang dah pon masuk bulan puasa . Rase nya belum terlambat lagi kalo nak ucap kan selamat berpuasa semua . Puasa pon dah masuk hari yang ke 11 Ramadhan . Alhamdulillah , saya puasa penuh lagi . tak ada cuti . 

Nak tahu hari ni , mase subjek PJK . Mummy kami cuti MC . Oleh itu , Cikgu Mazzam pun masuk ke kelas . Beliau memberi kami sedikit motivasi yang bagi aku sangat lah berharga . Nak tahu ape ? Beliau kata , mulai 1 Ogos 2012 kami calon-2 SPM adalah diwaktu yang sempit . Hal ini kerana , kami suka memirkirkan benda yang remeh temeh seperti : baju raya warna apa , tudung raya jenis apa , nak makan buka puasa nanti apa , nak ke bazarr lagi , nak studi lagi dan lain-2 . Oleh itu , Cikgu kata , kita tak payah fikir benda-2 yang tak ada kena mengena dan remeh temeh ni lagi .

Selain itu , beliau juga kata tentang ibu bapa kita , dimana kita jangan menyakiti hati ibu bapa kita walaupun dengan hanya menghentak kaki . Ibu bapa akan kecewa dengan kita . Dan , kita harus lah mengetahui apa yang mereka mahu pada kita . 

So , bg aku apa yang cikgu kata tu sedikit sebanyak menambah kan semangat aku untuk berjaya dan gembirakan ibu bapa aku . :) Sekiann .